Thursday, February 22, 2007

Dahulu...
Pabila kau bertanya aku di mana
Aku sering menjawab
Aku ada di hati kau
Kau tersenyum
Walaupun hanya di skrin telefon bimbit ini
Ya
Yang sedang aku genggam ini

Kini...
Kau tanyakan lagi aku di mana
Dan aku seperti dulu
Aku ada di hati kau
Kali ini tiada senyum
"orang tanya betul-betul ni..main-main pulak..."
Di skrin telefon bimbit ini
Ya
Yang sedang aku genggam ini

Begitu mudah untuk manusia berubah
Kan?

Wednesday, February 21, 2007

Rindu

...
...
Rindu itu sengsara yang paling indah
...
...

Panas

Panas

Luar sana

Panas

Dalam sini

Kau bukan tahu...

Tuesday, February 20, 2007

Dan lagi...

Malam ini kepala aku sakit
Dicucuk-cucuk dari dalam.
Dicucuk-cucuk dari luar.
Kau tahu betapa sakitnya bukan?
Kau juga pernah rasa bukan?
Dan lagi
Hari ini kau ulangi semula
Detik aku rasakan akulah manusia paling lurus
Tapi
Hati kau tak mungkin
Dapat membedakan lurus dan tulus
Ikhlas dan berpura-pura
Kan?
Kau tipu aku lagi
Kau tak baca ya tulisan aku dulu?
Oh
Aku ini siapa di hati kau
Kan?
Apatah lagi mahu membaca tulisan aku
Kan?
Ah..